Seni & Sukan 08 Jun, 2021

Berita Terkini| Kualiti minyak masak peket dan botol adalah sama! Pengguna jangan salah faham!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Kualiti minyak masak dalam botol adalah sama dengan minyak masak dalam peket yang diberikan subsidi oleh kerajaan. - Kredit foto: FB Rosol Wahid 


PENGGUNA diharapkan tidak lagi salah faham dengan beranggapan minyak masak dalam peket polibeg diberikan subsidi oleh kerajaan lebih rendah kualitinya berbanding dalam botol kerana hakikatnya kualiti adalah sama.

Timbalan Menteri Perdagangan  Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata persepsi itu harus diperbetulkan kerana yang membezakan kedua-duanya cuma dari segi pembungkusan, kawalan harga serta beberapa aspek lain tidak termasuk kualiti.

“Ada andaian mengatakan minyak masak peket polibeg satu kilogram (kg) atau minyak masak bersubsidi ini tidak berkualiti sebagaimana minyak dalam botol dan tangggapan ini sebenarnya salah kerana kualitinya adalah sama.

“Kerajaan tidak mengawal harga bagi minyak masak dalam botol dan hanya beri subsidi serta menetapkan kawalan harga untuk minyak masak dalam peket polibeg 1kg yang dijual pada harga RM2.50 sekilogram atau sepeket.

“Menerusi Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS) itu ia bertujuan memastikan rrakyat masih boleh dapatkan bekalan minyak masak untuk kegunaan isi rumah terutama bagi golongan B40 dengan harga ekonomi dan mampu milik,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata demikian kepada pemberita sempena lawatan ke perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu pada 8 Jun 2021.

Tambah Rosol, sebanyak 60,000 metrik tan (mt) sebulan atau bersamaan 720,000 mt setahun minyak masak 1kg bersubsidi diedarkan di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar.

“Jumlah pengeluaran dan pengedaran ini adalah mencukupi bagi kegunaan 32.7 juta rakyat Malaysia. Minyak masak dalam botol 2kg, 3kg dan 5kg pula dapat memberi lebih pilihan kepada pengguna.

“Minyak masak sawit dalam botol tidak diberikan subsidi dan harganya berubah-ubah mengikut harga pasaran berdasarkan mekanisme pengapungan harga yang tertakluk kepada harga minyak sawit mentah dunia dan kos-kos lain seperti kos pembungkusan, kos operasi dan sebagainya,” ujarnya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


3
3
0
0
0
You will be interested