Seni & Sukan 06 Apr, 2021

Berita Terkini| Dua sekolah di Masjid Tanah, Melaka ditutup! Murid, guru sah positif Covid-19!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this


DUA buah sekolah rendah di Masjid Tanah, Melaka diarahkan tutup ekoran beberapa orang guru dan murid sekolah tersebut telah disahkan positif Covid-19.

Memetik laporan Harian Metro pada 6 April 2021, Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram dan SK Pengkalan Balak.

"Berdasarkan makluman Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah, SK Jeram ditutup sehingga 7 April 2021, manakala SK Pengkalan Balak pula diarah tutup  bermula 6 April hingga 9 April 2021 ini.

"Mereka yang disahkan positif melibatkan dua murid SK Jeram, manakala masing-masing tiga murid serta guru di SK Pengkalan Balak.

"Selain itu juga, dua kakitangan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) turut disyaki positif Covid-19, bagaimana pun pusat pengajian terbabit boleh beroperasi seperti biasa," katanya.

Tambah beliau, kerja-kerja  nyah kuman akan dilakukan segera di semua sekolah serta pusat pengajian terbabit dengan segera dan punca jangkitan masih disiasat. - KitaReporters 

0
0
0
0
0
You will be interested