Gaya Hidup 30 Jun, 2021

Berita Terkini| Masalah mental rakyat kian serius! 200 kaunselor ditempatkan di klinik, hospital!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 Gambar hiasan... Rakyat Malaysia kini kian alami tekanan setelah terkesan akibat Covid-19. - Kredit foto: Babab.net


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menempatkan 200 kaunselor di klinik kesihatan dan hospital kerajaan seluruh negara dalam usaha menangani masalah kesihatan mental rakyat Malaysia yang kian serius. 

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, isu kesihatan mental menjadi antara perkara penting pada masa kini bagi membantu masalah emosi rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Sebanyak 26 hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan itu. Bagi peringkat KKM juga, kita memang mewujudkan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS. 

"Kumpulan ini digerakkan pada peringkat daerah serta negeri yang dianggotai pakar psikologi dan kaunselor. Mereka akan memberi nasihat dan sekiranya kes serius kita akan rujuk ke hospital," katanya yang dipetik laporan Sinar Harian, 30 Jun 2021. 

Tambah beliau, berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) didapati terdapat peningkatan dua peratus kes bunuh diri pada tahun  2021 setakat ini berbanding dua tahun sebelumnya.

Katanya lagi, hampir 500,000 kes membabitkan individu dewasa yang menghadapi kemurungan diterima selain 400,000 lebih kanak-kanak hadapi masalah mental. 

"Kerajaan juga telah lama mewujudkan Talian Bantuan Sokongan Psikososial supaya orang ramai boleh menghubungi bagi mendapatkan sokongan moral dan nasihat dalam menangani gejala tekanan yang dihadapi," ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
1
0
0
You will be interested

Indahnya Pengorbanan! TV2 tampilkan 11 program menarik sepanjang 4 hari! Raikan Raya Aidiladha!

Sempena Hari Raya Aidiladha, RTM menerusi saluran TV2 bakal sajikan 11 program terbaik yang bersiaran 4 hari berturut-turut mulai 9 Julai hingga 12 Julai 2022

Fariza Saidin in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Isu kesihatan mental! Ilham Ajai cipta lagu "Rasa Tak Menipu"! Lagu terbaharu untuk Hazama!

Selepas fasa pandemik, saya terpanggil untuk ketengahkan isu kesihatan mental kerana ia sangat bahaya. Semua pernah melaluinya erasaan kehilangan yang tersayang
Fariza Saidin in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Comel sangat! Ini kereta Kancil ke Minion? Sangat cantik dan unik! Ramai yang terpikat!

Tular video sebuah kereta Kancil dilihat di atas jalan raya dengan gaya yang sangat comel dan menawan hati semua orang. Kelihatan seperti karakter kartun Minion
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 9 hours ago

Video| Biadab! Memalukan! Polis, pejabat agama sila bertindak! 2 lelaki peluk pelayan restoran!

Tindakan dua lelaki peluk seorang wanita di restoran di Kampung Saujana, Setiu undang kemarahan orang ramai kerana anggap aksi tersebut biadab, amat memalukan
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 13 hours ago