Seni & Sukan 29 May, 2020

Norma baharu ke? Selepas Zoey, Riz Amin pula tanam rambut!!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

JIKA sehelai rambut yang ditanam dikenakan RM6, bayangkan berapa jumlah kos yang dilaburkan untuk menanam 4,083 helai rambut? Itulah harga yang perlu dibayar oleh pelakon Riz Amin apabila mengambil keputusan menjalani rawatan tanam rambut. : KitaReporters

Riz Amin ketika menjalani rawatan tanam semula rambut. - Gambar kredit: Gempak.


Apakah sudah menjadi norma baharu dan trend para pelakon yang menghadapi masalah keguguran rambut sekarang ini mengambil keputusan menanam rambut sebagai langkah terakhir bagi mengembalikan keyakinan diri?

Sebelum ini, KitaReporters pada 12 Mei 2020 ada melaporkan mengenai pengacara dan pelakon Zoey Rahman mengambil langkah membotakkan kepalanya untuk rawatan tanam rambut berikutan masalah rambut gugur

Sila baca kembali link ini  https://kitareporters.com/gaya/4zbqx7jyap

ZOEY RAHMAN


Terkini, Riz Amin turut mengikut jejak langkah Zoey apabila mengambil keputusan melakukan rawatan menanam semula rambut selepas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Norizam Amin Nordin, 34, ini melakukan rawatan di salah sebuah klinik popular di ibu kota setelah niat awalnya sejak Januari lalu terhalang apabila terpaksa menjalani beberapa penggambaran dan seterusnya menempuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya menghadapi masalah keguguran rambut pada bahagian hadapan kepala

"Banyak produk yang telah saya cuba tetapi ia hanya menguatkan akar rambut yang sedia ada bukannya mampu menumbuhkan semula kawasan rambut yang sudah botak, “ ulas Riz dalam laporannya kepada sebuah portal hiburan.

Pelakon yang mula dikenali dengan watak seorang pegawai polis dalam filem sulongnya, ‘Impak Maksima’ (2007) ini memerlukan 4,083 helai rambutnya diambil dari bahagian belakang kepalanya untuk ditanam semula di bahagian hadapan.

“Walau pun setiap sehelai rambut yang ditanam berharga RM6, namun bagi saya pelaburan ini berbaloi untuk kepuasan diri dan mendapatkan semula keyakinan untuk berlakon,” tambahnya.

Menurutnya, tempoh penumbuhan semula rambut baharunya akan mengambil masa  empat hingga tujuh bulan dan berharap hasilnya kelak memberangsangkan.

Jika Zoey mengalami bengkak pada bahagian mata ekoran kesan daripada ubat bius, Riz pula  cuma terasa berdenyut-denyut dan tidak tentu arah tidurnya apabila bahagian belakang kepala luka.

Gambar Riz Amin semasa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, yang dimuat naik dalam IG-nya @rizamin.


"Saya masih perlu mendapatkan rawatan berkala di klinik dan perlu mengambil tonik serta ubat-ubatan dalam tempoh ditetapkan oleh doktor," katanya.

Sejak menceburkan dirinya dalam bidang lakonan, bekas peserta Hero Remaja 2003/2004 ini belum pernah ditawarkan watak utama dalam mana-mana drama, telemovie atau pun filem tempatan melainkan watak pembantu.

Dan lazimya beliau sering dilihat memikul watak antagonis seperti sebagai ‘Farouk’ dalam drama popular ‘Seindah Tujuh Warna Pelangi” yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 pada bulan Februari 2020.

Mungkinkah selepas menjalani rawatan tanaman semula ini rezeki Riz akan lebih terbuka dan mampu ditawarkan  watak hero? - KitaReporters

@rizamin : Hi Salam nak cerita ckit sapa yang ada masalah rambut especially yang rambut gugur,botak bahagian tengah Dan M ...step by step riz akan tunjuk proses untuk hilang kan masalah anda 😎 

4
3
1
1
1
You will be interested