GARA-GARA mengalami masalah keguguran rambut, pelakon dan pengacara Zoey Rahman mengambil keputusan membotakkan kepalanya buat pertama kali bagi memberi laluan kepada rawatan menanam rambut. Dah kenapa Zoey? : KitaReporters
Zoey Rahman sebelum botak (atas) dan selepas botak. - Foto IG @zoeyrahman
Memuat naik video secara live ketika rambutnya dibotak pada hari pertama, pemilik nama sebenar Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 35, turut memaparkan dua lagi video pada hari ketiga dan keempat selepas menjalani rawatan di mana mukanya kelihatan bengkak pada bahagian mata.
Boleh layari IGTV live Zoeyrahman melalui link ini :
Namun ternyata Zoey tidak panik malah memberitahu, bengkak teruk yang dialaminya itu adalah penangan daripada ubat bius yang digunakan.
Malah ketika memuat naik gambar terbaharunya pada hari keempat rawatan, Zoey menulis dalam tulisan bahasa Mongolia agaknya apabila dia berkata, “Hi my name is Xanadu from Mongolia” (Hi, nama saya Xanadu dari Mongolia”.
Zoey memuat naik gambarnya selepas menjalani rawatan tanam rambut pada hari keempat. Kelihatan kesan bengkak di bawah matanya.
Menurut laporannya, bengkak yang dialami bermula dari dahi seterusnya turun ke kening, kelopak mata dan sekarang pada hari keempat membawa pula ke bawah mata.
Ekoran itu, Zoey yang juga terkenal sebagai usahawan kosmetik bertanyakan pengikutnya yang berjumlah 864,000 dengan soalan: ‘Do you recognise me? (Adakah korang kenal saya?)."
Pun begitu yang menjadi pertanyaan netizen bukan bab rawatan yang dijalani malah soalan panas yang timbul adalah apakah hukumnya di sisi Islam menanam rambut pada bulan Ramadan malah di dalam tempoh PKPB masih berkuat kuasa pula tu?
Menjawab persoalan tentang hukum menjalani rawatan, Zoey memberitahu sudah membuat membuat kajian di mana laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menyatakan rawatan sedemikian dibenarkan jika bertujuan menutup aib.
“Ia dibenarkan kerana diambil daripada rambut sendiri. Jika menggunakan rambut orang lain, hukumnya adalah haram,” ulas Zoey.
Tambahnya, sebagai seorang artis dan usahawan kosmetik beliau perlu menjaga penampilannya agar sentiasa kemas dan yakin.
“Kalau saya botak disebabkan masalah rambut gugur bagaimana saya mahu menjual produk-produk saya dan menjalani penggambaran dengan yakin, “ sambung artis kelahiran Besut, Terengganu ini yang memulakan kerjaya awalnya sebagai model.
Foto: MSM.com.
Berhubung tempoh PKPB pula, Zoey memaklumkan klinik yang dikunjunginya itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
“Saya juga menjalani ujian saringan jangkitan COVID-19 sebelum meneruskan rawatan,” jawab Zoey sambil memberitahu rawatan yang dilakukannya itu sepatutnya dijalani sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tetapi terpaksa ditangguhkan sehingga PKPB.
Jelasnya, beliau mengambil keputusan menjalani rawatan kerana tidak mahu tangguhkan lebih lama dikhuatiri terlambat pula nanti.
“Saya ada masalah garis rambut berbentuk ‘M”. Mungkin ramai yang tidak nampak kerana saya menyembunyikannya dengan cara saya menggayakan rambut,” ujarnya.
Jadi korang jangan nak membawang lagi pada bulan Ramadan ini ya nanti dapat dosa percuma je!!
Jika Zoey sendiri yang sanggup tanggung kesan bengkak atau kesakitan biarlah.... itu keputusannya.
Siapa kita untuk menghalang niatnya itu kan?
Bagaimana agaknya gaya rambut 'implant' Zoey nanti? Kita tunggu ya laporannya selepas ini. - KitaReporters