Seni & Sukan 06 Jun, 2020

Tak perlu kecam sangat Nabila! Tok Ti pun pernah terkucil!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
TERKUCIL ketika menyanyi bukan sahaja dialami artis-arti baharu, malah ia turut dilalui sebahagian penyanyi berpengalaman, cuma cara untuk mengatasi kesilapan itu perlulah bijak. Lantaran dalam isu "terkiuq" ketika menyanyi ini, bukanlah hal terpencil, namun boleh menjadi satu isu besar jika selalu "terkiuq". : KitaReporters


Demikian pandangan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengulas kejadian yang berlaku terhadap penyanyi baru Nabila Razali yang terkucil sewaktu menyanyikan lagu ‘Peluang Kedua’ di program Mega Raya Ria di Astro Ria minggu lalu dan mendapat perhatian warga maya.

(Suara terkucil ketika nyanyi live! Nabila Razali minta maaf!)

Ramai yang mempertikaikan kemampuan vokal Nabila dan memberikan kritikan negatif terhadap penyanyi itu.


Tok Ti turut terpalit dengan isu berkenaan apabila ada pengguna Twitter memuat naik kembali persembahannya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017.

Biarpun kejadian  itu berlaku tiga tahun lalu, namun Tok Ti kembali mendedahkan punca sebenar dia terkucil menerusi Instagram Livenya baru-baru ini.


Menurutnya, kejadian berkenaan adalah kesilapan nyanyian apabila 'pitching' tertinggi sedikit daripada yang sepatutnya.

"Sebelum ABPBH, saya ada lakukan pembedahan kecil persenyawaan in-vitro (IVF) dan ia melibatkan bahagian  perut.

"Tidaklah susah pun, hanya proses mengeluarkan telur tapi dia melibatkan luka pada perut saya. 

"Sejam selepas tu saya dah boleh buat kerja tetapi tidaklah yang berat-berat," katanya.


Esok  paginya dia mengikuti satu pertandingan kayuhan basikal yang membabitkan jarak sehingga 20 Kilometer.

"Dan petangnya saya terus buat 'sound check' di Putrayajaya. Waktu itu saya dah rasa teragak-agak boleh ke tidak ni.  

"Namun, malam itu perkara yang anda saksikan itulah yang terjadi," katanya.

Tok Ti  menyifatkan nyanyiannya itu sebagai yang terburuk dalam sejarahnya.


"Pengajarannya saya bukanlah robot boleh buat segalanya sempurna. Saya pun bukanlah muda macam dulu, "Now saya tahu saya pun ada silap dan menyanyi sumbang. Sebab apa buat silap? Jadi saya tahulah apa sebabnya," katanya.
Sila lihat video kenyataan Tok Ti dan tayangan video persembahannya yang terkucil.


0
0
0
0
0
You will be interested