Seni & Sukan 10 Jun, 2021

Berita Terkini| Adun Permatang Pasir didakwa cabul jurujual wanita! Dalam kereta pada Mac 2021!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Mahkamah menetapkan tarikh  6 Ogos 2021 depan untuk sebutan semula kes


AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan melakukan serangan seksual dengan niat mencabul kehormatan seorang jurujual wanita.

Muhammad Faiz, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali pada 9 Jun 2021.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan  seorang wanita berusia 31 tahun antara jam 9.45 dan 11.30 malam, pada 8 Mac lalu.

Ahli politik Amanah itu dituduh lakukan kesalahan tersebut ketika berada dalam sebuah kereta dari pusat beli belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan tarikh 6 Ogos 2021 depan untuk sebutan semula kes. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
2
1
1
2
You will be interested