Gaya Hidup 20 Jun, 2021

Berita Terkini| Video individu menari, berarak usung mayat tular! Polis buka kertas siasatan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Tangkap layar daripada video tular berhubung sekumpulan individu sertai perarakan mengusung mayat di Pulau Pinang.


POLIS membuka kertas siasatan berhubung satu video berdurasi 56 saat yang tular dalam media sosial memaparkan sekumpulan individu menyertai perarakan mengusung mayat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 17 Jun 2021 lalu namun baru tular dalam aplikasi TikTok serta Facebook dan polis mengesan sekumpulan individu itu selepas terima laporan.

“Berdasarkan video itu, didapati sekumpulan lelaki berjalan secara berkumpulan serta menari dalam perarakan mayat di Jalan Siram, Butterworth dan dipercayai telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Sekatan Pergerakan Penuh  (SPP) dilaksanakan.

“Mereka terdiri daripada 15 hingga 20 lelaki berusia lingkungan sekitar 20 hingga 30-an. Polis telah kenal pasti mereka, usaha mengesan sedang dijalankan dan butiran mayat juga diperolehi.

"Siasatan awal mendapati mayat itu dibawa dari Teluk Air Tawar ke tempat pembakaran di Jalan Siram menaiki kenderaan khas. Kira-kira  50 meter hendak sampai, mereka bertindak bawa mayat sambil berarak,” katanya yang dipetik laporan Sinar Harian, 20 Jun 2021.

Tambah beliau, polis meminta semua yang terlibat tampil membantu siasatan dan pihaknya juga akan memanggil pengurusan pengebumian untuk dirakam keterangan.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


2
3
4
12
13
You will be interested

Pening-pening! Teong Kim tak puas hati! Hamidin okey je! Pan-gon bukan jaminan ke Piala Asia?

Hamidin Mohd. Amin tegaskan, Lim Teong Kim mulai tak berpuas hati dengannya sejak penamatan khidmatnya sebagai ketua jurulatih skuad B16 kebangsaan pada 2018

Video| Bayi dikandung meninggal! Selepas ibu bersalin terpaksa diusung ke ambulans! Jalan licin!

Di Sumatera, Rusmina yang hampir nak bersalin terpaksa diusung 4 pemuda ke ambulans untuk dibawa ke pusat kesihatan akibat jalan berlumpur, licin kerana hujan
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 6 hours ago

Video| Apa nak jadi? Cekal sungguh abang OKU ni! Sanggup turun tangga mengesot! Lif kerap rosak!

Tular perkongsian seorang lelaki paparkan kesukaran dihadapi rakan sekerjanya, seorang OKU akibat masalah fasiliti yang sangat kurang. Lif kerap gagal berfungsi
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 9 hours ago

Video| Go Satria Muda Pertamina! Baim Wong presiden kelab! Peminat tegar sukan bola keranjang!

Setiap kali kelab bola keranjang Satria Muda (SM) Pertamina berlawan, kelibat aktor Baim Wong pasti ada dalam kalangan penonton kerana dia kini presiden kelab
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Tahniah Syura! 9 tahun menjanda, kini kembali jadi isteri! Resepsi pun selesai diadakan!

Setelah 9 tahun menjanda, penyanyi Syura Badron, 36, tamatkan statusnya apabila dinikahkan kepada Muhd Farizat Ismail, 28, di Masjid As-Salam, Puchong Perdana
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 17 hours ago