Seni & Sukan 05 Jul, 2022

Dah lama dah berlaku! Bukan baharu! Aktiviti tidak sopan di restoran pelanggan peluk pelayan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Aksi meraba dipercayai oleh wanita sama dalam adegan berpelukan


“BUKAN perkara baharu, sebaliknya aktiviti tidak bermoral di premis terbabit sudah lama berlaku, cuma sekarang baharu tular dalam media sosial,” kata netizen. 

Malah, menurut seorang netizen Wan Ismail, perbuatan tidak senonoh di restoran terbabit sebelum ini berlaku lebih teruk daripada klip video yang ditular sejak beberapa hari lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan premis restoran


Dalam keghairahan netizen membangkitkan kemarahan terhadap perlakuan tidak sopan terhadap dua lelaki yang sedang memegang bahu dan memeluk pinggang seorang pelayan wanita di sebuah restoran di Setiu, Terengganu, kini muncul satu lagi klip video yang memaparkan aktiviti tidak bermoral.



Menerusi klip video baharu yang sedang tular dalam media sosial susulan video pertama adegan berpelukan, video terbaharu pula menunjukkan pasangan lelaki dan wanita sedang meraba-raba.

Menurut netizen, video baharu dengan aksi meraba-raba itu dipercayai dilakukan oleh wanita sama yang terbabit di restoran berkenaan.

“Benda dah bertahun-tahun duk wat kije cari rezeki dgn cara jual maruah. Kalu tak viral takdok sape noo ambil tindakan,” kata Norfazilaliza Mansor ketika meninggalkan komen pada pautan KitaReporter yang bertajuk "Biadab! MemalukanI Polis, pejabat agama sila bertindak! 2 lelaki peluk pelayan restoran". 



Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular yang menunjukkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita.

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin, berkata penyebaran video berdurasi 34 saat itu dikatakan berlaku di sebuah kedai makan di Setiu membabitkan pekerja premis dan pelanggan.

Katanya, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut bidang kuasa yang ada di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

"Berdasarkan maklumat, premis ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian … itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan,” katanya pada media pada 4 Julai 2022.



"Kita tidak akan berkompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan Islam tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat," katanya.

M Rozi mengulas laporan media mengenai isu dibangkitkan orang ramai dan netezen yang mahukan Pejabat Agama mengambil tindakan tegas di atas kejadian yang memalukan umat Islam negeri ini susulan video yan g tular sejak beberapa hari lalu. - KitaReporters


12
16
2
16
8
You will be interested