Gaya Hidup 04 Jul, 2022

Video| Biadab! Memalukan! Polis, pejabat agama sila bertindak! 2 lelaki peluk pelayan restoran!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this


TINDAKAN dua lelaki memeluk seorang wanita di sebuah restoran di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu, mengundang kemarahan orang ramai kerana menganggap aksi tersebut amat memalukan penduduk setempat.

Kejadian berlaku dipercayai membabitkan sekumpulan lelaki bermotosikal yang singgah di restoran tersebut untuk berehat sambil makan.

Bagaimanapun, dua lelaki dari kumpulan terbabit yang melihat wanita terbabit dalam keadaan berpakaian seksi cuba memeluknya sambil rakan-rakan lain merakam gambar.


Lagi cerita-cerita kontroversi berkaitan perbuatan biadab


Keadaan bertambah parah apabila kejadian itu tular dalam media sosial menyebabkan ramai netizen yang marah dan meninggalkan pelbagai komen mengecam serta mengutuk perbuatan tersebut.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap memalukan dan tidak bermoral.



Berikutan kejadian memalukan itu, penduduk meminta pihak berkuasa tempatan termasuk pihak polis dan Pejabat Agama Daerah Setiu serta Majlis Daerah Setiu (MDS) membuat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap peristiwa yang memalukan itu.

“Harap pihak berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini,” kata seorang pengguna.

“Pihak berkuasa kena ambil tindakan segera. Rosak nama negeri Terengganu,” kata Kamaruddin. 

“Serabut la penuh bini2 pos video viral ni hari ini sebab bikers 2-3 ekor, habis rosak bikers 1 group, nampak pesen serupa sek kapcai,” tulis Mohd Hafizz dalam Facebook miliknya. - KitaReporters


16
20
8
16
5
You will be interested

Video| Liga Super 2022: Jaringan bekas pemain Kedah beri keceriaan! Sabah FC seri lawan KDA FC!

KEDAH Darul Aman (KDA) FC gagal gunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang Sabah FC dalam saingan Liga Super 2022
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 59 minutes ago

Video| Wahai Ifa Raziah! Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Tegur Ustaz Ahmad Dusuki!

Tular beberapa video sebuah majlis akikah anak keluarga usahawan. Netizen rasa kurang senang apabila lihat Ifa Raziah dan usahawan sensasi Kak KM sakan bergelek
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 hour ago

Menarik sekali! Penyokong minat nak beli saham Kelantan FC! jika terjadi, ia satu sejarah baharu!

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman ada terima permohonan daripada penyokong setia berminat untuk beli saham Kelantan FC sebanyak 5% pada harga RM3 juta
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 4 hours ago

Video| Siapa yang salah? Pelajar tidur, guru siram air! Guru mohon maaf! Akan dikenakan tindakan!

Tular video seorang guru di Kalimantan yang bertindak menyiram seorang murid perempuan yang letakkan kepalanya di atas meja seperti sedang tidur ketika menulis
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 5 hours ago