Seni & Sukan 10 Apr, 2021

Berita Terkini| Caj air kosong lebih RM1! Kes tertinggi di Kelantan! KPDNHEP keluarkan 14 notis

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Peniaga dikesan caj air kosong melebihi RM1 segelas dalam Ops Catut 8.0 (air kosong). - Kredit foto: mstar.com.my


Kelantan merekodkan kes paling tinggi kesalahan mengenakan caj air kosong melebihi RM1 segelas yang dikesan bagi tempoh empat hari dalam  Ops Catut 8.0 (air kosong) bermula pada 7 April 2021.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata  sebanyak 14 notis telah dikeluarkan kepada peniaga makanan dan minuman di Kelantan sebelum diikuti Selangor dengan 12 notis.

“Ops Catut 8.0 (air kosong) dilaksanakan KPDNHEP di seluruh negara bermula 7 hingga 15 April (2021) ini. Sepatutnya air kosong hanya dicaj tidak lebih daripada RM0.20 tapi ada kedai mengenakan bayaran harga melebihi RM1.

“Setakat ini KPDNHEP telah keluarkan 84 notis di seluruh negara dengan jumlah kes paling tinggi direkodkan di Kelantan dan diikuti negeri-negeri lain. Hanya Kedah dan Putrajaya belum merekodkan sebarang notis dikeluarkan.

“Operasi ini dijalankan terhadap pelbagai kategori premis termasuk restoren mewah dan biasa, makanan segera, francais, kedai makan serta warung,” katanya dipetik laporan Sinar Harian pada 10 April 2021.

Kata Rosol lagi, operasi yang masih berbaki lima hari akan diteruskan bagi memastikan hak pengguna terjamin dan peniaga tidak mengaut keuntungan berlebihan. - KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested