Seni & Sukan 12 Apr, 2021

Berita Terkini| Ramadan: Waktu operasi Pusat Darah Negara dilanjutkan! Mudahkan penderma Islam

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Pusat Darah Negara melanjutkan waktu operasinya sepanjang Ramadan


WAKTU operasi Pusat Darah Negara (PDN) sepanjang bulan Ramadan ini dilanjutkan bagi terus memberi peluang dan memudahkan penderma darah yang beragama Islam menderma selepas masa berbuka puasa.

Menerusi hantaran dikongsikan PDN menerusi laman sosial Facebooknya pada 12 April 2021, PDN Jalan Tun Razak bakal beroperasi bermula jam 7.30 pagi hingga 9 malam pada hari Isnin hingga Jumaat, manakala jam 8 pagi hingga 4 petang bagi Sabtu dan Ahad serta hari cuti umum.

“Bagi PDN Donation Suite terletak di Midvalley Megamall, waktu operasi bermula jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari sepanjang Ramadan.

“Suite Derma Darah Puspanita di Presint 10, Putrajaya pula dari jam 8 pagi hingga 4 petang bagi hari Sabtu hingga Rabu, manakala jam 1 tengahari hingga 8.30 malam bagi setiap Khamis dan Jumaat,” menurut hantaran itu.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan, penderma darah bukan beragama Islam juga diseru untuk tampil menderma darah sepanjang Ramadan ini bagi memastikan bekalan darah mencukupi dan stok darah kekal selamat. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested