Seni & Sukan 09 Jun, 2020

Tak patuh SOP PKPB! Aiman Tino tetap enggan bayar saman RM1k

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Penyanyi Aiman Tino dan 69 pemancing lain termasuk ayahnya yang dikenakan kompaun RM1,000 seorang, bertegas enggan membayar denda. Mereka tetap meminta pengusaha kolam pancing berkenaan bertanggungjawab dan menjelaskan denda mereka. : KitaReporters 

Aiman Tino memang minat memancing. Kredit foto: IG @aimantino officials


Perkara itu dinyatakan Aiman Tino dalam panggilan video dalam program Melodi TV3, pada Ahad, 7 Jun 2020.

Tarikh tamat membayar denda tersebut ialah Isnin, 8 Jun 2020.

Aiman Tino atau Mohamad Aiman Yusri, 22, berkata kesemua pemancing akan berbincang dengan pihak polis agar saman itu dibayar oleh pengusaha kolam memancing.

Bagi membolehkan kesemua pemancing terbabit berkomunikasi dan mengetahui perkembangaan terkini tentang nasib mereka, Aiman Tino mewujudkan kumpulan pemancing dalam aplikasi Whatsapps.

Menurutnya, tidak semua pemancing itu berduit dan sebahagian cuma menjadi penonton. 

Jadi saman RM1,000 adalah beban kepada mereka.

Aiman, bapanya dan sejumlah pengunjung sebuah  kolam pancing ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, pada Mei 2020 disaman oleh anggota polis kerana tidak menjaga jarak sosial dan pada tarikh itu, berada di kolam pancing adalah satu kesalahan.

(Berita: Memancing: Aiman Tino, ayah kena saman! Tapi enggan terima!!)

Kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Rabu, 10 Jun 2020, kegiatan memancing di kolam memancing sudah dibenarkan. 

Aiman Tino bersyukur dengan pelaksanaan PKPP nanti kerana selama ini dia adalah antara pengunjung tetap kolam memancing.

Sehubungann itu, dia akan terus berhati-hati dan tidak akan melanggar sebarang Prosedur Operasi Standard (SOP)  yang ditetapkan. - KitaReporters

0
0
0
3
2
You will be interested