Media melaporkan seramai 59 pemancing termasuk dua pekerja warga asing dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), petang Selasa, 26 Mei 2020.
Aiman tidak menerima dirinya dan ayahnya dikompaun kerana mendakwa masuk ke kawasan kolam itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan pemilik kolam iaitu mengamalkan penjarakan sosial satu meter, memakai pelitup muka dan mendapatkan nombor giliran untuk masuk memancing.
Kredit foto: IG @official_aimantino
Ketika kejadian, pemilik kolam memancing tidak berada di lokasi dan hanya menyerah dua pekerja warga asing untuk memantau.
Mereka dikehendaki melunaskan bayaran kompaun RM1,000 selewat-lewatnya 8 Jun 2020. - KitaReporters