Insan & Komuniti 06 Mar, 2026

Konflik Iran-Amerika! Krisis penerbangan ujian kepada pengendali umrah! Kebajikan jemaah perlu dijaga!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

 

Ketegangan geopolitik di Asia Barat yang melibatkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat baru-baru ini memberi kesan kepada sektor penerbangan antarabangsa apabila beberapa laluan udara terpaksa ditutup atas faktor keselamatan.


Hebahan dan maklumat mengenai penundaan tarikh penerbangan menimbulkan perasaan cemas dikalangan jemaah dan ahli keluarga. 

Ilustrasi krisis penerbangan umrah dan usaha pengendali menjaga kebajikan jemaah. 


Keadaan itu menyebabkan beberapa syarikat penerbangan mengambil langkah membatalkan atau menangguhkan penerbangan ke beberapa destinasi utama di Timur Tengah termasuk Jeddah dan Madinah.

Situasi tersebut turut memberi kesan kepada sebahagian jemaah umrah dari pelbagai negara yang terpaksa menunggu lebih lama untuk pulang ke tanah air selepas menunaikan ibadah di Tanah Suci.

Namun dalam keadaan krisis seperti itu, tanggungjawab pengendali umrah menjadi faktor penting bagi memastikan kebajikan jemaah sentiasa terpelihara. 

Pengendali perlu memastikan penginapan tambahan disediakan, jadual penerbangan baharu diselaras serta maklumat terkini disampaikan kepada jemaah bagi mengelakkan kekeliruan.


Jemaah As Safa Travels and Tours selamat tiba di balai ketibaan KLIA pada 27 Fenruari 2026.

Samsudin Oli Mohamed, yang mengikuti rombongan umrah Ramadan anjuran As-Safa Travels and Tours, , berkata pihak pengendali yang diterajui Md Roslan Mohammad Jaafar itu sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan jemaah sepanjang perjalanan ibadah tersebut.

Beliau berkata, rombongan jemaah As-Safa bersyukur apabila selamat tiba di tanah air pada 27 Februari 2028 lalu, iaitu sehari sebelum beberapa penerbangan ke Jeddah dan Madinah dibatalkan.

“Kami bersyukur kerana rombongan jemaah As Safa selamat tiba di Malaysia sehari sebelum beberapa penerbangan dibatalkan. Ini satu kelegaan kepada semua jemaah dan ahli keluarga mereka,” katanya.


Md Roslan Mohammad Jaafar

Menurut Md Roslan, yang juga pengasas As-Safa, selepas tiba di tanah air, pihaknya turut menerima pelbagai panggilan telefon serta mesej WhatsApp daripada jemaah dan ahli keluarga mereka yang mengucapkan terima kasih kerana perjalanan tersebut berjalan lancar.

 “Ucapan terima kasih itu bukan sahaja datang daripada jemaah, malah daripada ahli keluarga mereka yang mengikuti perkembangan perjalanan ini dengan penuh kebimbangan,” jelas beliau.

Katanya, dalam keadaan dunia yang tidak menentu akibat konflik antarabangsa, banyak perkara berada di luar kawalan pengendali umrah termasuk penutupan ruang udara dan pembatalan penerbangan oleh syarikat penerbangan.

Namun begitu, katanya, pengendali umrah tetap memikul amanah besar untuk memastikan kebajikan jemaah terus terjaga sepanjang perjalanan ibadah tersebut.



Situasi tersebut membuktikan bahawa dalam industri pengendalian umrah, kepercayaan dan amanah merupakan asas paling penting dalam memastikan jemaah dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan selamat.

"Dalam apa jua keadaan, profesionalisme, ketelusan maklumat serta kejujuran pengendali menjadi sandaran utama kepada para jemaah yang memilih untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci," tegas beliau. - KitaReporters


Kebajikan dan keselesaan jemaah sentiasa dipantau dan dijaga setiap waktu.

 

11
7
0
15
0
You will be interested