Sebanyak 41 buah masjid dan 113 surau di seluruh Parlimen Larut menerima bantuan wang tunai dan buah kurma untuk majlis berbuka puasa.
Sumbangan oleh Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin ini bertujuan mengimarahkan masjid dan surau.
Setiap masjid diberikan bantuan wang RM500 dan Surau sebanyak RM300.

Hamzah berkata, program ini beliau buat tiap-tiap tahun untuk membantu masjid dan surau membeli keperluan untuk berbuka puasa.
"Ini adalah tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen walaupun kerajaan tidak nemberikan peruntukan,
"Saya mahu melihat program ini diteruskan setiap tahun," katanya pada pada majlis penyampaian sumbangan Masjid dan Surau di Madrasah Hafizah Sungai Bayor, Selama, Perak pada 13 Mac 2026.
Hamzah berkata, program ini membabitkan peruntukan sebanyak hampir RM20,000. Beliau bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggungjawab pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Sementara itu, seramai 40 anak yatim dari kawasan Parlimen Parit Buntar, Kediaman Cahaya Ain dan Sekolah Kebangsaan Haji Ramli diraikan dalam suasana meriah dan penuh bermakna oleh Pasar Raya Mydin Parit Buntar, Perak pada Majlis Iftar Ramadan Perdana 2026 pada 3 Mac 2026 lalu.
Ini merupakan komitmen tanggunjgawab sosial korporat (CSR) sebahagian daripda inisiatif kebajikan syarikat dalam menyantuni golongan yang memerlukan.
Anak-anak yatim itu diberikan kesempatan untuk memilih pakaian sebagai persiapan menyambut hari raya dan mereka juga menikmati jamuan berbuka puasa.

Pengarah Eksekutif Mydin Wilayah Utara, Azmin Sadaruddin berkata, pihaknya komited berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama mereka yang memerlukan di samping menerapkan nilai-nilai kasih sayang dan kebersamaan dalam bulan ramadan yang penuh keberkatan ini.
“Kehadiran anak-anak yatim ini amat bermakna kerana kami percaya setiap insan berhak merasai kemeriahan dan kegembiraan menyambut Ramadan dan Syawal,” katanya dalam ucapan pada majlis berkenaan.

Muhammad Nakhaei Abdul Wahab (kanan) sedang memakai songkok kepada seorang anak yatim di Mydin Parit Buntar, Perak.
Dalam pada itu, Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi DUN Titi Serong, Muhammad Nakhaei Abdul Wahab berkata, inisiatif yang dilaksanakan oleh Mydin ini membuktikan keperihatinan mereka kepada golongan yang memerlukan.
“Ini sekali gus meringankan beban rakyat, selain mengeratkan hubungan Mydin dengan komuniti setempat,” katanya.
Beliau berkata, bulan Ramadan ini memberikan keinsafan kepada kita untuk meringankan beban rakyat dan memberikan kegembiraan kepada mereka. - KitaReporters
