Arab Saudi khususnya di Mekah dan Madinah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk mengerja haji dan menunai umrah.
Dan pada setiap Ramadan, jumlah pengunjung semakin padat untuk mendapatkan fadilat berbuka di Mekah.

Dalam keadaan tidak tenteram di rantau Arab kini, ia menjejas jemaah yang sudah selesai umrah untuk kembali ke tanah air. Ramai jemaah umrah yang masih tersadai di Arab Saudi.
Dua penyanyi popular tanah air, Nash (Jamaludin Elias), 66, dan Radhi OAG (Mohd Radhi Khalid), 48, bersyukur sempat pulang daripada menunai umrah 2 hari sebelum konflik peperangan antara Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Iran tercetus.
Vokalis kumpulan rock Lefthanded dan OAG ini pergi bersama 22 jemaah dan dua mustawif dengan MQW Travel.
Dan mereka tidak berdepan sebarang masalah sepanjang berada di sana.


Bagi Nash Lefthanded dia sudah beberapa kali mengerjakan umrah, sementara bagi Radzi penyanyi kumpulan OAG yang sudah berhijrah ia merupakan pengalaman pertama ke Tanah Suci dan menikmatinya.
Nash dan Radzi berharap para jemaah yang masih terkandas berada dalam keadaan selamat dan berjaya pulang ke tanah air secepat mungkin.
Menurut Nash, sebelum pergolakan tercetus seperti dilapor media, keadaan di Mekah dan Madinah, aman dan keadaan di dua bandar raya itu sesak dengan manusia. - KitaReporters
Tags: