Seni & Sukan 17 May, 2021

Berita Terkini| Anjur rumah terbuka Aidilfitri? Bekas Adun Jabi disiasat polis! Langgar SOP?

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar tular dalam media sosial berhubung majlis rumah terbuka Aidilfitri yang didakwa diadakan di kediaman Mohd Iskandar Jaafar.


BEKAS Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar disiasat oleh polis berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila mengadakan majlis rumah terbuka Aidifitri pada hari raya pertama, 13 Mei 2021.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan berkenaan mengikut Peraturan 17 PU (A) 225/2021 kerana melanggar SOP sewaktu PKP.

"Mohd Iskandar telahpun tampil memberi keterangan berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut kira-kira jam 8.15 malam, 16 Mei 2021. Siasatan polis masih berjalan,” katanya dipetik oleh Bernama, 17 Mei 2021.

Tular dalam media sosial memaparkan beberapa tetamu termasuk kanak-kanak sedang menikmati juadah Aidilfitri di kediaman Mohd Iskandar yang juga Setiausaha Umno Bahagian Setiu.

Sementara itu, Bernama turut melaporkan Mohd Iskandar memaklumkan telah hadir memberi keterangan di IPD Besut dan tiada sebarang kompaun dikenakan kepadanya setakat ini.

Mohd Iskandar memberitahu, tiada penganjuran rumah terbuka sebagaimana didakwa, namun pihaknya menyerahkan segalanya kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan serta membuat pertimbangan sewajarnya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested