Seni & Sukan 16 Apr, 2021

Berita Terkini| Kenduri kahwin tiada SOP! Kluster baharu di Terengganu! Kluster Taman Rakyat!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Kluster Taman Rakyat dicatatkan di Terengganu berpunca daripada majlis perkahwinan yang tidak mematuhi SOP


KLUSTER baharu dicatatkan di Terengganu iaitu Kluster Taman Rakyat berpunca daripada seorang lelaki berusia 32 tahun dari Sabah yang hadir ke majlis perkahwinan adiknya di Dungun.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata setakat ini kluster itu mencatatkan 26 kes positif Covid-19 iaitu terdiri daripada 11 ahli keluarga dan 15 orang tetamu.

"Kluster Taman Rakyat disebabkan aktiviti perkumpulan sosial melibatkan ramai orang yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Hasil pertemuan hanya untuk mengirim duit kenduri dan cenderahati akhirnya telah menjangkiti seorang kawan baik.

"Kawan itu pula adakan majlis akikah di kampung yang kemudiannya menjangkiti lima ahli keluarga dan tujuh tetamu," katanya dalam satu kenyataan media pada 16 April 2021.

Dalam perkembangan berkaitan juga, beliau memaklumkan sekiranya tiada pematuhan SOP di bazar Ramadan tidak mustahil kluster baharu juga akan tercetus. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
2
0
0
0
You will be interested