Ia diadakan secara tertutup dan ekslusif di sebuah hotel 5 bintang dengan kapasiti untuk 45 peserta sahaja. Kelas agama itu tetap mendapat sambutan walaupun kadar bayarannya agak mahal.
Kelas agama yang disertai sejumlah golongan berduit itu tular setelah ada individu yang menyiar perkara itu dalam media sosial. Dan ia mendapat reaksi daripada ramai netizen.
Kebanyakannya mempertikai majlis ilmu dikenakan bayaran yang tinggi, sedangkan terdapat sejumlah program keagamaan diadakan secara percuma.

Neelofa dan PU Riz menjelaskan harga tinggi dikenakan setimpal dengan fasiliti serta pengalaman premium yang diterima para peserta.
Menurut Neelofa, bayaran yang dikenakan setimpal dengan fasiliti serta pengalaman premium yang diterima para peserta.
Tambahnya tiada seorang pun peserta sebelum ini merungut atau mendakwa sesi tersebut tidak berbaloi dan mereka yang pernah hadir sendiri mengetahui nilai yang ditawarkan.
"Kami buat di hotel lima bintang, makanan yang sangat mewah, ‘goodies bag’ yang sangat meriah selain intipati dan konten yang mereka dapat.
“Alhamdulilah sehingga hari ini tak ada seorang pun yang datang mengadu rasa tak berbaloi dengan apa yang ditawarkan,” kata Neelofa kepada media bagi menjelaskan kekeliruan mengenai bayaran yuran yang dikenakan yang disifat terlalu mahal.
/
Sementara itu, menurut PU Riz, dia dan isterinya cuba mengangkat program ceramah ke satu tahap yang lebih tinggi.
“Kita sudah biasa dengar ceramah di masjid, universiti dan sebagainya. Tetapi kami cuba mengangkat industri ceramah ke peringkat yang lebih tinggi. Tiada paksaan.
"Jika ada yang mempersoal harga mahal, boleh dinilai mahal itu disebabkan apa.
“Kita juga bawa rakan-rakan selebriti seperti Nora Danish, Datin Fouziah Gous, Kila Fairy untuk menceritakan pengalaman mereka secara eksklusif.

Kelas agama di hotel 5 bintang dengan kandungannya bersifat ekslusif akan tetap diadakan dari semasa ke semasa selagi ada permintaan.