Seni & Sukan 28 Apr, 2021

Berita Terkini| RM500 buat penjawat awam negeri di Sarawak! Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai kepada penjawat awam negeri di Sarawak pada Mei 2021


KERAJAAN Negeri Sarawak bersetuju memberi Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai kepada semua penjawat awam negeri di  Sarawak berjumlah sebanyak RM500 seorang. 

Menerusi satu kenyataan Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 28 April 2021, bantuan khas berkenaan akan dibayar pada Mei 2021 iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Hari Gawai. 

“Pemberian bantuan khas ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam negeri dalam menggalas tanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutama semasa negeri serta negara hadapi tempoh penuh cabaran ini. 

“Melalui pemberian bantuan khas ini juga, kerajaan negeri berharap ia dapat ringankan beban kewangan penjawat awam negeri  menjelang sambutan Aidilfitri. 

“Selain itu, bantuan ini juga menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” kata kenyataan itu. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
1
0
0
0
You will be interested