Seni & Sukan 24 Apr, 2021

Berita Terkini| Maksimum RM800 sebulan! Bantuan asnaf, miskin dinaikkan! Ikut kadar had kifayah

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... MAINS menaikkan bantuan asnaf fakir dan miskin dari RM250 kepada maksimum sehingga RM800 sebulan dengan mengikut kadar had kifayah


BANTUAN kepada golongan asnaf fakir dan miskin oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dinaikkan dari RM250 kepada jumlah maksimum sehingga RM800 sebulan dengan mengikut kadar had kifayah. 

Pengerusi MAINS, Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata, kenaikan itu sebagai satu penambahbaikan dilakukan bermula Mac  2021 selepas mengambil kira perkembangan keadaan semasa. 

"Bagi kadar had kifayah fakir adalah minimum RM250 hingga RM800, manakala kadar had kifayah miskin adalah minimum RM250 hingga RM550. 

“MAINS telah memperuntukkan sebanyak RM152 juta pada tahun 2021 untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang layak di Negeri Sembilan, meningkat berbanding tahun lalu iaitu RM114 juta,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 24 April 2021. 

Katanya lagi, daripada RM152 juta diperuntukkan itu, sebanyak RM37 juta dikhususkan kepada golongan fakir, miskin serta bantuan kepada masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


2
0
0
0
0
You will be interested