Seni & Sukan 08 Jun, 2021

Berita Terkini| Agihan Geran Khas Prihatin 3.0 mulai 10 Jun 2021! Hampir 1j penerima PKS mikro

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Penerima GPK 3.0 akan mula menerima bantuan bermula pada 10 Jun 2021


HAMPIR sejuta penerima Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 akan mula menerima bantuan secara berperingkat-peringkat mulai 10 Jun 2021 ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata penerima yang terdiri daripada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro akan menerima bantuan wang tunai berjumlah RM1,000 seorang.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

“Manakala, bayaran tambahan sebanyak RM500 melibatkan peruntukan hampir RM500 juta pula akan mula dibayar pada Julai 2021.

“Kerajaan berharap agar bantuan langsung disalurkan kepada PKS mikro ini dapat ringankan beban  terutamanya mereka yang begitu terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 kali ini,” katanya dipetik oleh laporan Kosmo, 8 Jun 2021.

Tambah beliau, kerajaan telah memperuntukan RM1.5 bilion bagi GKP 3.0 di mana ia merangkumi PKS mikro sedia yang sudah menerima GKP 1.0 dan GKP 2.0.

Katanya lagi, sejumlah RM5.08 bilion disalurkan kerajaan kepada hampir sejuta PKS mikro di bawah program bantuan GKP sejak Covid-19 melanda negara tahun lalu. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
0
0
0
You will be interested