Seni & Sukan 12 Jun, 2021

Berita Terkini| Hati-hati dengan tawaran haji, badal haji! Jangan terpedaya dengan harga murah!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Orang ramai perlu berhati-hati dengan tawaran umrah, haji atau badal haji yang diterima mereka ketika tempoh pandemik Covid-19 ini.


Orang ramai diminta berhati-hati dengan tawaran haji atau badal haji yang diterima oleh mereka agar tidak menjadi mangsa mana-mana pihak yang ambil kesempatan tawarkan pakej itu ketika tempoh pandemik Covid-19 ini.

Nasihat dan peringatan itu diberikan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) susulan ada pihak yang dikesan melakukan perbuatan tersebut dengan tawaran harga ‘menarik’.

Naib Presiden Unit Umrah dan Haji MATTA, Mohd Azri Abd Razak, berkata orang ramai perlu membuat pemeriksaan secara terperindu berkaitan haji dan tawaran badal haji diterima mereka.

“Urusan membabitkan haji dan badal haji hanya diuruskan oleh syarikat-syarikat pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta yang mempunyai lesen umrah sahaja.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan jangan berurusan dengan sebarangan individu atau syarikat yang tidak mendaftar dengan MOTAC dan perlu berhati-hati jika terima tawaran haji mahu pun badal haji.

“Bayaran bagi pakej haji dan badal haji mestilah dengan harga berpatutan dan sesuai dengan keadaan semasa kini (pandemik Covid-19). Jangan mudah terpedaya dengan harga murah,” katanya menerusi satu kenyataan pada 12 Jun 2021.

Mohd Azri berkata, pakej membabitkan muassasah haji hanya diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji dan anak syarikat lembaga itu.KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested