Seni & Sukan 06 Jun, 2021

Berita Terkini| Bakal dikompaun! Jika walk-in ke PPV tanpa janji temu! Tiada istilah cuba nasib!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Tiada istilah 'walk-in' bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19


Mana-mana individu di Pahang yang mencuba nasib hadir ke pusat pemberian vaskin (PPV) bagi dapatkan suntikan vaksin Covid-19 tanpa sebarang janji temu ditetapkan bakal berdepan tindakan kompaun.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Bahari Awang Ngah berkata peringatan itu dibuat susulan tindakan segelintir individu berbuat demikian hingga mengundang kesesakan di kawasan PPV.

‘Kita ada terima laporan berhubung kes individu yang seolah-olah mencuba nasib dengan berkumpul di PPV dengan harapan diberi peluang dapatkan suntikan vaksin Covid-19 sedangkan mereka tiada sebarang janji temu telah ditetapkan.

“Sikap segelintir individu ini amat dikesalkan. Setiap individu perlu ikut proses ditetapkan bukannya boleh datang secara ‘walk-in’ begitu sahaja dan apabila keadaan ini terjadi ia turut menyukarkan proses kawalan keselamatan dilakukan.

“Petugas-petugas di PPV terpaksa minta bantuan pihak berkuasa untuk arahkan kumpulan individu ‘walk-in’ ini beredar dari kawasan PPV,” katanya dalam satu kenyataan pada 6 Jun 2021.

Tambah beliau, pihaknya memberi amaran dan peringatan terlebih dahulu kepada masyarakat dan jika didapati berulang mereka yang terlibat bakal berdepan tindakan kompaun. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

0
0
2
0
2
You will be interested