Seni & Sukan 02 Jun, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Tiada rawatan alternatif sembuh! Jangan terpedaya dakwaan individu!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Kelantan mencatatkan sebanyak 541 kes baharu Covid-19 pada 2 Jun 2021


TIADA kajian saintifik membuktikan rawatan lain dapat menyembuhkan pesakit Covid-19 dan orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dakwaan individu-individu yang mampu merawat wabak berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata langkah terbaik ialah individu yang dijangkiti perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan berhubung rawatan alternatif Covid-19 yang tiada bukti secara saintifik.

“Hasil kajian saintifik membuktikan punca Covid-19 disebabkan oleh virus. Kita telah ada maklumat sahih berhubung penyebaran jangkitan, jadi saya harap masyarakat membuat rawatan segera di klinik atau hospital.

“Kita turut menyedari iklan yang tular dalam media sosial berhubung dakwaan pihak tertentu yang tawarkan rawatan alternatif untuk virus berkenaan. Orang ramai jangan cepat percaya berhubung perkara ini,” katanya dipetik oleh laporan Harian Metro, 2 Jun 2021.

Untuk info, tular hebahan rawatan penyakit Covid-19 oleh pengamal perubatan alternatif dan rakannya dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa mampu merawat penyakit tersebut. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested