Seni & Sukan 08 May, 2021

Berita Terkini| Harga minyak sawit mentah lonjak paras tertinggi! RM4,652 setan! Sejarah industri

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Harga minyak sawit mentah melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu RM4,652.00 satu tan pada 6 Mei 2021. - Kredit foto: Malaysia Gazette


Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah pada 6 Mei 2021 iaitu RM4,652 satu tan, sekali gus merupakan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata prestasi berkenaan adalah kali kesembilan kenaikan harga tertinggi direkodkan setakat tahun 2021.

“Harga tertinggi sebelum ini ialah RM4,548.50 satu tan yang direkodkan pada 5 Mei 2021,  manakala harga awalan MSM pada Jumaat (7 Mei 2021) pula RM4,753 bagi satu tan.

“Buat pertama kali dalam sejarah industri sawit negara juga harga buah tandan segar sawit di ladang melebihi RM1,000 pertan metrik.

“Moga tersenyumlah para peneroka dan pekebun kecil di kampung,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, dengan memetik laporan Sinar Harian, 8 Mei 2021, 

Sementara itu, untuk info rekod harga tertinggi MSM sejak Mac 2021 hingga 6 Mei 2021 ialah RM4,247.50 (15 Mac 2021) RM4,270.00 (9 April 2021) RM4,306.50 (21 April 2021) RM4,376.50 (22 April 2021) RM4,428.50 (23 April 2021) RM4,502.00 (3 Mei 2021) RM4,525.50 (4 Mei 2021) RM4,548.50 (5 Mei 2021) dan  RM4,652.00 (6 Mei 2021). - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested