Seni & Sukan 02 May, 2021

Berita Terkini| Projek Wakaf Terompah Masjid! Sasaran 10,000 pasang! Semua dialukan berwakaf!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

DATUK SOHAIMI SHAHADAN


PROJEK Wakaf Terompah Masjid yang diasaskan oleh Yayasan Jamin menyasarkan sebanyak 10,000 pasang terompah dapat diwakafkan ke masjid seluruh negara sempena bulan Ramadan dan kedatangan Syawal nanti. 

Penaung projek, Datuk Sohaimi Shahadan berkata jumlah sasaran itu secara tidak langsung memberi peluang kepada orang ramai untuk memperbanyakkan sedekah serta amal jariah dan sepasang terompoh RM30.

“Projek Wakaf Terompoh Masjid ini satu inisiatif bagi memberi keselesaan kepada jemaah masjid untuk berwuduk mahu pun beristinjak  dan pada masa sama beri peluang atau menggalakkan masyarakat bersedekah.

“Kita sasarkan 10,000 pasang terompoh dalam tempoh tiga bulan ini untuk kita sumbangkan. Sebagai permulaan kita laksanakan di Kundang, Kuang dengan 1,000 pasang ke seluruh masjid di situ serta sekitar Sungai Buloh, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media pada 2 Mei 2021.

Tambah beliau, orang ramai yang berminat untuk bersedekah menerusi projek wakaf itu boleh berhubung dengan Yayasan Jamin atau terus menyumbang ke akaun Maybank 562740161099 atas nama Jamin Art Centre dan rujukan terompah. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

 

0
0
0
1
0
You will be interested