Seni & Sukan 28 Apr, 2021

Berita Terkini| Lelong kenderaan sita! JPJ Pahang kutip RM1.2 juta! Hasil lelongan 100 kenderaan

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Lelongan  Awam Kenderaan Sita JPJ Pahang Siri 1/2021 melibatkan sebanyak 100 kenderaan. - Kredit foto: FB JPJ Negeri Pahang


SEBANYAK RM1.2 juta berjaya dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang melalui Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Pahang Siri 1/2021 yang diadakan di Kompleks JPJ Pahang, di Kuantan. 

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, kutipan berkenaan hasil  dari lelongan 100  buah kenderaan pelbagai jenis dan membabitkan seramai 79 pembida yang berjaya dalam bidaan mereka. 

“Lelongan kali ini melibatkan sebanyak 57 kereta, kenderaan pelbagai guna (27), motosikal (11), van (3) serta lori sebanyak dua buah dengan jumlah keseluruhan kenderaan ditawarkan adalah 100 buah. 

“Daripada jumlah keseluruhan berkenaan, sebanyak 82 buah kenderaan berstatus kenderaan klon, 15 buah tidak boleh dilesenkan manakala tiga kenderaan lagi bukan klon,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 28 April 2021. 

Tambah beliau, harga permulaan minimum ditawarkan pada lelongan tersebut ialah RM50 dan harga permulaan maksimum yang dibuka RM12,200 iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey. 

Katanya lagi, sebuah kereta jenis Subaru Impreza mencatat nilai bidaan tertinggi iaitu RM47,800, manakala dua motosikal jenis Honda C100 dan Modenas Kriss menerima nilai bidaan terendah pada harga permulaan minimum RM50. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter



0
0
0
0
0
You will be interested