Seni & Sukan 12 Apr, 2021

Berita Terkini| Bazar Ramadan, Aidilfitri kekal di Terengganu! Tertakluk laporan semasa Covid-19

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan.... Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi di Terengganu tahun 2021 ini. - Kredit foto: Bernama


KERAJAAN Negeri Terengganu membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri beroperasi pada tahun 2021 ini di seluruh negeri namun tertakluk kepada perkembangan semasa kes Covid-19. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata garis panduan prosedur operasi standard (SOP) juga sudah pun dikeluarkan dan semua pihak diharap dapat patuhinya. 

“Kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah pun penuhi permintaan peniaga dan pengunjung, terpulang kepada mereka pula  untuk sama-sama berusaha membantu kerajaan membendung penularan pandemik  Covid-19 atau sebaliknya. 

“Keputusan sama ada menutup atau meneruskannya pula nanti bergantung tahap pematuhan penganjur, peniaga serta pengunjung, tertakluk kepada pandangan dan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Jika tidak melakukan rentas negeri dan tiada peningkatan kes di Terengganu, tentunya operasi dapat diteruskan. Operasi di bazar Ramadan bermula jam  3 petang sehingga 8 malam dan terhad kepada dua peniaga untuk setiap gerai,” katanya dipetik dari Harian Metro, pada 12 April 2021.

Tambah Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal sebanyak 69 bazar Ramadan membabitkan 4,326 petak niaga akan beroperasi pada tahun ini seluruh Terengganu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested