Seni & Sukan 06 Jun, 2021

Berita Terkini| Tular video MB Kedah pandu uji kereta! Semasa lockdown? Polis siasat dakwaan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Antara gambar tular dalam media sosial berhubung tindakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa pandu uji kereta 


POLIS membuka kertas siasatan ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa pandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang.

Tindakan dipercayai dilakukan pada 5 Jun 2021 itu sekaligus melanggar prosedur operasi standard (SOP) memandangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh (SPP) atau total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk pemilik pusat pameran berkenaan dan Menteri Besar Kedah.

“Siasatan dilakukan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya dipetik laporan Bernama, 6 Jun 2021.

Sementara itu, untuk info, tular dalam media sosial gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta.

Semasa tempoh SPP PKP seluruh negara ketika ini, pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
1
You will be interested