Seni & Sukan 28 Jun, 2021

Berita Terkini! Padah sambut hari lahir di kondo waktu PKP! 12 individu dikompaun RM48,000!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Kompaun berjumlah RM48,000 dikeluarkan oleh polis ke atas 12 individu di sebuah unit kondominium  di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur kerana membuat aktiviti sosial yang dilarang sewaktu PKP.


KESERONOKAN 12 individu berkumpul  di sebuah unit kondomonium di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2021 sempena majlis hari lahir mengundang padah setelah mereka dikompaun RM48,000.

Kesemua mereka warga tempatan  yang berusia 26 tahun hingga 35 tahun termasuk lapan wanita dikenakan kompaun RM4,000 setiap orang kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata pihak polis mengadakan serbuan kira-kira jam 10.30 malam di lokasi setelah disyaki ada kegiatan penyalahgunaan dadah.

"Hasil serbuan, seramai 12 ditahan untuk pemeriksaan. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut ke tubuh badan kesemua individu terbabit tidak menemui barang salah selain ujian air kencing mereka juga negatif.

“Siasatan mendapati individu terbabit dijemput oleh salah seorang daripada mereka bagi menyambut majlis hari lahir.

“Kompaun RM4,000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM48,000 dikeluarkan. Kes disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya menerusi satu kenyataan pada 28 Jun 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
1
0
0
0
You will be interested