Seni & Sukan 22 Feb, 2026

Video| Dulu Masuk Lagi, kini Raya Duit! Baby Shima berdangdut lagi! Antara lagu raya popular 2026?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Sudah menjadi tradisi lagu-lagu ciptaan baharu bertema hari raya mula disiarkan dalam laman Youtube dan sejumlah platform sejak Ramadan bermula. 



Puluhan lagu baharu bertema hari raya mula disiar sehingga minggu kedua puasa dan cuba mendapat perhatian masyarakat. Bukan hanya golongan penyanyi yang merakam lagu raya, malahan turut melibatkan pempengaruh media sosial dan usahawan.

Dan salah seorang penyanyi yang sudah melancarkan lagu bertema raya ialah penyanyi sensasi Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 33. 

Dikenali sebagai penyanyi dangdut Baby Shima merakam lagu ‘Raya Duit’ ciptaan melodi dan lirik oleh Amy Ukays atau nama sebenarnya Azmi Hassan, 54, iaitu bekas anggota kumpulan Ukays.


AMY UKAYS


Melodi dan lirik ‘Raya Duit’ genre pop dangdut menarik dan mampu menjadi salah sebuah lagu raya popular tahun 2026 ini.

‘Raya Duit’ mengisahkan pentingnya duit dalam kehidupan dan bagaimana harunya jika tidak punya duit. Namun hari raya tetap perlu disambut dengan gembira walaupun tiada berduit. 

"Raya raya mari bergembira. Duit tak ada tak mengapa. Tetap sambut raya."

Demikian antara lirik dalam lagu ‘Raya Duit’ yang mula dilancar pada Khamis, 19 Februari 2026. Dan selepas 24 jam dimuat naik ia telah ditonton lebih 4 ribu kali.



Walaupun Baby Shima dikenali suka menonjol imej seksi atau gedik, namun bagi klip video ‘Raya Duit’ dia berpakaian sopan dengan berkebaya. 

Baby Shima sudah tidak menghiraukan kontroversinya berkaitan dengan lagu ‘Masuk Lagi’ yang dikatakan berunsur ‘lucah’.

Sebaliknya dia mahu mempromosi lagu ‘Raya Duit’ yang dipercayainya mampu menjadi antara lagu raya yang paling popular bagi tahun 2026. - KitaReporters

12
18
0
15
0
You will be interested