Seni & Sukan 21 Feb, 2026

Bicara Seni| Video| Damaikan Aliff-Iman? Gara-gara lagu raya! Atau gimik? Nak promo lagu baharu raya?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Perang mulut antara Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Iman Troye perlu diselesaikan segera menerusi pertemuan hati ke hati, dengan kedua-dua mereka mata bertentangan.

Salah faham perlu dirungkai secara baik. Janganlah kontroversi ini berpanjangan kerana ia tidak baik untuk industri seni negara. Kedua-duanya perlu berdamai. 

Atau semuanya hanya gimik -- satu strategi pemasaran??



Lagu bertajuk ‘Hari Raya Ya Ya’ nyanyian bersama Aliff dan Iman memperoleh tontonan tertinggi dalam laman YouTube dengan 7.9 juta tontonan.

Ia menjadi kebangaan Aliff kerana ia merupakan klip video tertinggi dalam lagu-lagu yang pernah dihasilkannya sejak hujung 2017. Lagu dan klip video ‘Raya Ya Ya’ ditonton labih 7.9 juta kali dalam saluran YouTube.

Aliff juga bangga berjaya mendapatkan seorang penyanyi popular iaitu Iman Troye untuk berduet dalam lagu ciptaan melodi dan lirik Mas Dewangga dan Jova Devito itu.



Namun kebanggaanya itu tersentap setelah Iman mengeluarkan kata-kata sinis dalam salah satu laman sosialnya.

Antara kata-kata sinis Iman Troye berbunyi:"The worst decision ever made last year was duet with that one founder... haha. (Keputusan paling teruk pernah buat tahun lepas ialah duet dengan pengasas yang satu tu... haha.).

Tanpa menyatakan nama orang itu, namun masyarakat dapat menilai ia ditujukan kepada Aliff, usahawan yang sudah memang terkenal, yang turut aktif merakam lagu bertemakan raya.


Tulisan Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 23, tular menyebabkan Aliff naik baran. 

Dia meluahkan kemarahan dalam laman instagramnya ketika berbual dengan isterinya. 

“Apa masalah awak? @imantroye tak sebut nama tapi orang dah tau siapa.. apa motif awak?” kata Aliff.

Tambah Aliff, rakaman duet itu diurus oleh pihak pengurusan Iman Troye.

Video Aliff Syukri naik angin mencapai lebih sejuta tontonan selepas dua hari dimuat naik.

Aliff dan Iman ketika membuat klip video 'Raya Ya Ya'


Sementara itu, bagi lagu raya tahun 2026 ini, mungkin akan berlaku persaingan antara lagu Aliff Syukri dan Iman Troye. Masing-masing akan mengeluarkan lagu raya baharu.

Dalam bualan melalui telefon dalam program ‘3 Pagi ERA’ dalam Radio ERA pada 12 Februari 2026, Aliff menyatakan dia mempunyai tiga lagu bertema raya dan dalam proses rakaman.


Sementara Iman Troye ketika ditemui media pada acara pertunjukan fesyen di KWC Fashion Wholesale Mall. Kuala Lumpur pada 11 Februari 2026 menyatakan akan merakam lima ‘single’ lagu raya.

Iman juga bercadang untuk mengumpul lagu-lagu tema raya nyanyiannya dalam satu album.

Sebelum ini Iman sudah merakam beberapa lagu bertema raya antaranya ‘Pejam Celik Hari Raya’, ‘Salam Salam Lebaran’ dan ‘Raya Ya Ya’.



Mungkinkah ini juga gimik atau strategi pemasaran memandangkan masing-masing mahu mendapat publisiti sebelum lagu-lagu raya mereka yang baharu dilancarkan. - KitaReporters

13
9
0
15
0
You will be interested