Seni & Sukan 16 Jun, 2021

Berita Terkini! Usahawan kosmetik terkenal, suami ditahan! Pukul anak gara-gara status WhatsApp!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Usahawan kosmetik yang sebelum ini mencetuskan kontroversi setelah mengaku tidak suka solat ditahan oleh polis bersama suaminya berhubung kes pukul anak. - Kredit foto: YouTube PendakiSolo


SEORANG usahawan kosmetik terkenal yang sebelum ini mencetuskan kontroversi setelah mengaku tidak suka solat ditahan oleh polis jam 9 malam, 15 Jun 2021 untuk bantu siasatan berhubung kes pukul anak.

Polis turut menahan suami usahawan tersebut yang juga bapa tiri kepada mangsa yakni remaja perempuan berusia 16 tahun setelah dipercayai turut bertindak memukul mangsa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang, 14 Jun 2021  di rumah mereka di Kampung Pauh, Pasir Mas.

“Berdasarkan siasatan, sebelum kejadian mangsa terlebih dahulu dipanggil ibunya yang berusia 33 tahun selepas tidak berpuas hati dengan status dimuat naik anaknya itu dalam aplikasi WhatsApp.

“Apabila mangsa keluar bilik, ibunya telah memarahinya dan kemudiannya diheret oleh bapa tirinya sebelum menampar mangsa beberapa kali pada bahagian pipi.

“Wanita berkenaan telah bertindak memukul kepala anaknya menggunakan tangan. Dia juga cuba pukul mangsa dengan kayu hoki namun anaknya sempat melarikan diri,” katanya dipetik laporan Kosmo, 16 Jun 2021.

Tambah beliau, insiden tersebut menyebabkan mangsa mengalami luka dan bengkak pada bahagian kepalanya akibat ditampar oleh bapa tirinya.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada status  dimuat naik mangsa mengenai ibunya yang mengungkit mengenai soal harta selain turut memarahi remaja tersebut kerana tidak bekerja.

“Siasatan mendapati status dimuat naik mangsa telah dipadamkan dan tiada sebarang ugutan jenayah dikeluarkan ibu dan bapa tirinya semasa kejadian. Mangsa yang telah berkahwin tinggal bersama ibu, bapa tiri serta suaminya di rumah tersebut.

“Hasil pemeriksaan terhadap mangsa yang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu mendapati dia mengalami bengkak pada bahagian kiri kepala, luka pada bahagian dalam pipi dan lebam pada beberapa anggota badan.

“Kedua-dua suspek telah ditahan  pukul 9 malam tadi (15 Jun 2021) untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” ujarnya.KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

3
2
1
0
4
You will be interested