Seni & Sukan 10 Jun, 2021

Berita Terkini| Sultan Perak perkenan dana khas bantuan PKP! RM14.6j! Bantu golongan terkesan

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah


Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan dana khas bantuan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berjumlah RM14.6 juta bagi membantu ringankan beban rakyat di negeri berkenaan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, baginda menitahkan sejumlah RM10.9juta disalurkan sebagai bantuan kecemasan kelangsungan hidup kepada rakyat yang hilang sumber pendapatan.

“Bantuan ini diagihkan kepada ketua isi rumah serta penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk yang terjejas.

“Selain itu, dana khas berkenaan turut merangkumi pembiayaan  berjumlah RM1.5j bagi bantuan pakej tablet dan data kepada pelajar tingkatan lima daripada keluarga fakir-miskin serta usahawan dalam kalangan asnaf untuk jalankan perniagaan secara dalam talian.

“Dana berjumlah RM606,000 disediakan MAIPk bagi tajaan peralatan rawatan dan perubatan yang diperlukan segera Jabatan Kesihatan Negeri Perak,” katanya dipetik oleh laporan Sinar Harian, 10 Jun 2021.

Tambah beliau, dana khas berkenaan turut merangkumi pelbagai perkara lain lagi termasuk program vaksinasi, keperluan kebajikan petugas-petugas barisan hadapan Covid-19 serta operasi pusat jagaan anak yatim, rumah orang-orang tua dan warga emas Islam. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


3
0
0
0
0
You will be interested