Seni & Sukan 31 May, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Sarawak belanja lebih RM3b! Termasuk Bantuan Khas Sarawakku Sayang!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Sebanyak RM242 juta telah dibelanjakan oleh Kerajaan Sarawak dalam usaha tangani penularan Covid-19


KERAJAAN Sarawak telah membelanjakan sebanyak RM242 juta setakat ini dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19 di negeri berkenaan.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata perbelanjaan tersebut merangkumi pelbagai aspek termasuk kos kuarantin, bekalan makanan, logistik serta peralatan.

“Jumlah tersebut tidak termasuk pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 1.0 hingga 5.0 iaitu sebanyak hampir RM3 bilion yang diperuntukkan bagi ringankan beban rakyat akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga berusaha sedaya-upaya dalam memastikan program imunisasi di negeri ini dapat berjalan dengan lancar. Kita jangka ia selesai penghujung Ogos 2021 membabitkan 2.08 juta rakyat yang layak menerima vaksin.

"Kerajaan Persekutuan telah pun beri  kelulusan untuk  Sarawak membuat perolehan vaksinnya sendiri di samping kelulusan mewartakan hospital swasta sebagai pusat pemberian vaksin," katanya dipetik laporan Harian Metro, 31 Mei 2021.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan kerajaan negeri tidak mengeluarkan lesen sabung ayam pada sambutan Hari Gawai tahun ini sebagai salah satu usaha kurangkan ruang penularan wabak Covid-19 pada musim perayaan. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested