Seni & Sukan 04 Jun, 2021

Berita Terkini| Sultan Kelantan sumbang RM1j! Bantu golongan terjejas susulan total lockdown!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad v


SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan sumbangan RM1 juta bagi membantu golongan  yang terjejas susulan pelaksanaan ‘total lockdown’ (sekatan pergerakan penuh atau SPP) seluruh negara  bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat  Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata bantuan berkenaan disalurkan melalui MAIK.

“Pada mulanya peruntukan itu disediakan untuk program bersama Sultan Muhammad V sepanjang Ramadan lalu namun mendapat perkenan bagi disalurkan kepada golongan terjejas.

“Bagaimanapun, disebabkan rakyat kini berhadapan dengan kesukaran hidup akibat penularan wabak pandemic Covid-19, baginda memutuskan bagi membantu golongan terjejas.

“Melalui sumbangan RM1 juta yang dikurniakan itu, baginda benar-benar berharap dapat berikan kegembiraan kepada asnaf, anak yatim, pelajar tahfiz dan golongan memerlukan,” katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, 4 Jun 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

2
1
0
0
0
You will be interested