Seni & Sukan 28 Apr, 2021

Berita Terkini| Seludup 8 ekor lembu dari Sungai Golok! Lelaki berusia 35 tahun dicekup PGA!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Lembu-lembu yang cuba diseludup oleh seorang lelaki berusia 35 tahun dari Sungai Golok pada 28 April 2021. - Kredit foto: Ihsan PGA


Seorang lelaki berusia 35 tahun yang cuba menyeludup masuk lapan ekor lembu dari Sungai Golok dicekup anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA 7) di Kampung Tok Rusa, Meranti, Pasir Mas, Kelantan pada 6.45 pagi, 28 April 2021.

Suspek sebelum itu menarik sendiri haiwan berkenaan dari Sungai Golok dan memindahkannya ke dalam sebuah lori untuk dibawa serta diserahkan kepada peraih. 

Pegawai Pemerintah PGA 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, kenderaan lori jenis Isuzu dipandu oleh suspek  dilihat dalam keadaan mencurigakan sewaktu terserempak dengan anggotanya yang sedang melakukan rondaan. 

“Hasil pemeriksaan dilakukan ke atas kenderaan menemui lapan ekor lembu pelbagai warna di belakang lori. Pemeriksaan juga mendapati suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen sah atau surat berhubung pemindahan ternakan. 

“Suspek ditahan, manakala lori serta lembu dirampas dan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut. Hasil soal siasat, suspek mengaku haiwan tersebut diseludup melalui jalan sungai yang tidak diwarta. 

“Lembu-lembu berkenaan ditarik sendiri oleh suspek memindahkan ke dalam lori untuk dihantar kepada peraih. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953,” katanya menerusi satu kenyataan pada 28 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested