Seni & Sukan 10 Jun, 2021

Berita Terkini| PKP 3.0: Peminjam PTPTN terjejas boleh pohon tangguh bayaran! Selama 3 bulan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan bagi peminjam hilang dan terjejas pendapatan boleh dibuat secara dalam talian. - Kredit foto: malaymail.com


PEMINJAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang hilang pendapatan atau terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 boleh memohon penangguhan bayaran balik pinjaman. 

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata peminjam perlu kemukakan permohonan secara dalam talian di www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0 bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2021.

"Peminjam boleh memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan. Tidak tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika membuat permohonan.

"Penangguhan bayaran balik ini akan bermula pada bulan permohonan berkenaan diluluskan, dan dua bulan lagi di antara Jun sehingga Oktober 2021. Kelulusan akan dimaklumkan melalui emel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam memohon. 

"Peminjam yang ingin buat penangguhan diingatkan untuk kemas kini maklumat perhubungan terkini bagi pastikan keputusan  permohonan penangguhan sampai atau diterima mereka," katanya menerusi satu kenyataan pada 10 Jun 2021. 

Tambah beliau, bagi peminjam yang tidak terkesan mereka boleh meneruskan pembayaran balik pinjaman melalui saluran disediakan seperti biasa. 

Bagi maklumat dan sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh hubungi Careline PTPTN menerusi talian 03-2193 3000 setiap Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi hingga 5 petang atau melayari laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested