Seni & Sukan 19 May, 2021

Berita Terkini| Sejumlah 42 masjid, surau NS telah diarah tutup! Dari Januari hingga Mei 2021!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Sehingga 18 Mei 2021 sebanyak 6.98 peratus masjid dari sejumlah 301 masjid di Negeri Sembilan terpaksa ditutup akibat Covid-19. - Kredit foto: FB Menteri Besar Negeri Sembilan


SEBANYAK 42 buah masjid dan surau seluruh Negeri Sembilan telah diarahkan tutup sementara bagi tempoh Januari hingga Mei 2021 setakat ini ekoran kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan jemaah masjid di negeri  berkenaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata tiga buah masjid pula telah diarah tutup oleh pihak berkaitan kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan.

"Bermula Januari sehingga 18 Mei 2021, sebanyak 6.98 peratus masjid dari 301 buah masjid keseluruhan yang ada di negeri ini terpaksa ditutup bagi tempoh-tempoh tertentu. Manakala, daripada 1,020 surau, 15 diarah berbuat demikian.

“Terdapat masjid dan surau yang diarah tutup bagi tempoh tujuh atau 14 hari sebelum dibenarkan beroperasi seperti biasa. Selain itu, beberapa kluster keagamaan telah dikesan di Negeri Sembilan dan masih aktif sehingga hari ini.

“Sebarang keputusan dibuat kerajaan negeri adalah berdasarkan syor dikeluarkan  Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan melihat trend kes harian Covid-19 yang semakin meningkat,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 19 Mei 2021.

Tambah beliau, masyarakat diharapkan dapat mematuhi SOP ditetapkan serta hormati  barisan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan ahli jawatankuasa masjid serta surau yang menjalankan tugas. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested