Seni & Sukan 26 Jun, 2021

Berita Terkini| Vaksin Pfizer, Sinovac, AstraZeneca sesuai buat ibu mengandung! 110k dah daftar!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 Gambar hiasan... Wanita mengandung kekal menjadi penerima vaksin berkeutamaan tinggi berdasarkan risiko jangkitan Covid-19. - Kredit foto:  zam-zam.my


Vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca adalah bersesuaian diberikan kepada wanita mengandung berdasarkan panduan yang telah dikemas kini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata vaksin jenis Pfizer kekal disyorkan manakala Sinovac dan AstraZeneca kini juga telah diklasifikasikan bersesuian.

“Sinovac kini disyorkan oleh laporan interim Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk ibu hamil serta menyusukan anak ekoran manfaatnya jauh lebih besar daripada potensi risiko yang dikaji.

"AstraZeneca pula tidak lagi dikontraindikasikan kepada kehamilan. Jadi ketiga-tiga vaksin iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca sesuai untuk ibu mengandung,” katanya yang dipetik laporan Bernama, 26 Jun 2021.  

Tambah Khairy, setakat ini hampir 109,607 pendaftaran vaksin bagi golongan ibu mengandung diterima di seluruh negara melalui aplikasi MySejahtera.

Katanya, ibu mengandung yang dijangka bersalin pada Ogos 2021 yakni melibatkan seramai 11,663 orang akan diberi keutamaan menerima suntikan vaksin.

Ujar beliau lagi, lebih 10,000 ibu mengandung diberi janji temu dengan nota 'Expectant Mother' pada janji temu mereka dan golongan berkenaan kekal menjadi penerima vaksin berkeutamaan tinggi berdasarkan risiko jangkitan Covid-19. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

2
0
0
0
0
You will be interested