Status kes terbaharu Covid-19 negara pada 30 April 2021
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kegusaran baginda ekoran peningkatan berterusan kes positif jangkitan harian Covid-19 di negara ini yang mencecah lebih 3,000 kes.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda juga
bimbang berhubung
tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di beberapa majlis keraian serta
bazar Ramadan yang tidak memuaskan selain penutupan sekolah akibat wabak
berkenaan.
“Seri Paduka Baginda menyeru rakyat supaya sentiasa berdisiplin mematuhi arahan serta SOP yang ditetapkan kerajaan bagi elakkan negara dibadai tsunami Covid-19 seperti dialami beberapa negara di Asia Selatan dan Eropah.
"Rakyat juga dinasihatkan tidak alpa dan mengambil sikap sambil lewa dengan arahan pematuhan SOP di bazar Ramadan, sekolah, majlis keraian umum seperti majlis berbuka puasa serta kenduri untuk pastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal dan dibendung dengan sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan media pada 30 April 2021.
Sebelum ini. dilaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia meramalkan kes harian Covid-19 di negara ini boleh meningkat melebihi paras 3,000 selepas Hari Raya Aidilfitri. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter