Seni & Sukan 08 Jun, 2021

Berita Terkini| Empat kluster Covid-19 baharu di Sabah! 2 kluster berpunca ziarah Aidilfitri!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Sabah merekodkan sebanyak 336 kes baharu Covid-19 pada 7 Jun 2021 


SABAH merekodkan sebanyak 336 kes baharu Covid-19 pada 7 Jun 2021, sementara empat kluster Covid-19 baharu yang direkodkan pada tarikh sama dengan dua daripadanya berpunca daripada aktiviti ziarah Aidilfitri baru-baru ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, dua kluster berkenaan membabitkan Kluster Taman Wawasan-Beaufort, Papar di Kota Kinabalu serta Kluster Kampung Bolong Baru-Tuaran di daerah Kota Belud.

Menurutnya, Kluster Taman Wawasan-Beaufort, Papar, Kota Kinabalu direkodkan di Hospital Papar membabitkan kes indeks seorang lelaki berusia 66 tahun yang mula bergejala sejak 7 Mei 2021, namun tidak dapatkan rawatan sebelum disahkan positif 18 Mei 2021.

“Hasil saringan kontak pada 22 Mei 2021, didapati dua kes positif iaitu masing-masing di klinik kesihatan dan klinik swasta di Kota Kinabalu. Kedua-dua kontak rapat ini terbabit aktiviti ziarah Aidilfitri di Kampung Tarap Bongawan.

"Selain itu turut dikesan positif, empat sekeluarga di Taman Wawasan-Beaufort yang membawa kepada penemuan 16 lagi kes positif di taman terbabit. Pada 7 Jun 2021, tujuh lagi kes baharu dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30 kes.

“Kluster Kampung Bolong Baru-Tuaran pula melibatkan seorang suri rumah, 28, dari Kampung Bolong Baru yang alami gejala sakit tekak, selesema, demam, batuk serta hilang deria bau sejak 22 Mei 2021 sebelum disahkan positif 27 Mei 2021,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro, 8 Jun 2021.

Tambah beliau, susulan penemuan kes positif itu, saringan kontak dijalankan bermula  27 Mei 2021 terhadap 259 kontak rapat dan tempat kerja iaitu QL Marine, Tuaran.

“Daripada jumlah terbabit, 26 kes positif didaftarkan di daerah Tuaran, manakala tujuh kes lagi di daerah Kota Belud, menjadikan jumlah terkini sebanyak 33 kes.

“Selain itu, dua lagi kluster baharu dikesan ialah Kluster Hamparan di Kinabatangan yang membabitkan tempat kerja dan Kluster Jalan Budi di Tawau yang membabitkan aktiviti rentas negeri,” ujarnya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested