Seni & Sukan 27 May, 2021

Berita Terkini| Tahnik anak! Tok Ti, Datuk K, Dr Zul, Ustaz Don, UAI, Ustaz Iqbal dikompaun!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Siti Nurhaliza dan suami, Khalid dikompaun RM10,000 seorang setelah didapati gagal patuh SOP sewaktu majlis tahnik anak kedua mereka.


PENYANYI nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikompaun RM10,000 susulan gagal patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis tahnik anak kedua mereka, pada 26 April 2021 lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kompaun berkenaan dikenakan selepas mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya yang telah meneliti kertas siasatan diberikan pihaknya.

“Penyanyi berkenaan serta suami gagal pematuhan SOP termasuk penjarakan fizikal sewaktu bergambar dan sebagainya.

“Selain itu, kompaun sebanyak RM2,000 turut dikeluarkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus serta Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

“Penyanyi dan pelakon iaitu Norman Hakim serta Abby Abadi juga dikenakan kompaun ekoran gagal mematuhi SOP,”  katanya pada sidang akhbar secara maya pada 27 Mei 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
1
0
1
0
You will be interested