Seni & Sukan 06 Jun, 2021

Berita Terkini| SPM 2021 diadakan pada Mac 2022! Ujian lisan dan amali bermula Februari 2022!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... SPM 2021 dijangka dilaksanakan pada Mac tahun 2022. - Kredit foto: Ismaweb.net


KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk melaksanakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 pada Mac 2022.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata calon akan menduduki ujian bertulis pada Mac 2022, manakala bagi ujian lisan dan amali ia akan bermula Februari tahun yang sama.

“Pengalaman menguruskan SPM sebelum ini membolehkan kementerian menganjakkan peperiksaan itu,” katanya dalam sidang akhbar khas di Putrajaya pada 6 Jun 2021.

Sementara itu, KPM dalam satu kenyataan media sebelum ini memaklumkan keputusan SPM 2020 bakal diumumkan 10 Jun 2021 bermula jam 10 pagi melalui beberapa kaedah termasuk semakan secara dalam talian serta menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bagi calon sekolah tiada capaian Internet, pihak sekolah akan kenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah sesuai untuk dapatkan keputusan.

Seramai 401,105 calon sekolah menduduki SPM 2020 yang bermula 22 Februari 2021 sekali gus melakar sejarah tersendiri memandangkan diadakan dalam keadaan norma baharu berikutan penularan jangkitan Covid-19. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested