Seni & Sukan 17 May, 2021

Berita Terkini| Kontena khas di Hospital Sungai Buloh! Tempat simpan mangsa Covid-19 meninggal!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa sediakan kontena khas untuk tempat penyimpanan jenazah atau mayat yang meninggal dunia akibat Covid-19. - Kredit foto: KKM


KONTENA khas terpaksa digunakan oleh Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebagai tambahan tempat penyimpanan mangsa Covid-19 yang meninggal dunia di hospital berkenaan.

Menurut hantaran dimuat naik dalam akaun Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 16 Mei 2021, enam lagi kematian dilaporkan di Hospital Sungai Buloh pada tarikh berkenaan.

“Lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi. Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat.

“Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” kata kenyataan itu.

Menerusi hantaran dimuat naik pada 17 Mei 2021 pula, KKM memaklumkan di Hospital Sungai Buloh, pengurusan jenazah atau mayat Covid-19 diamanahkan kepada kakitangan Jabatan perubatan Forensik.

Selepas proses pengecaman oleh waris, jenazah atau mayat diuruskan mengikut agama masing-masing sehinggalah urusan pengebumian dengan prosedur ketat.

Bagi jenazah Islam, urusan mandi jenazah dibuat secara tayyaamun, mengkafan dan solat jenazah diketuai ustaz (orang awam) yang telah dilatih khas. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
4
0
0
You will be interested