Seni & Sukan 10 May, 2021

Berita Terkini| Hanya 4,000 kad raya dikendalikan Pos Malaysia di Kelantan! Kian berkurangan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 Gambar hiasan... Kad raya kini kian dilupakan sejak ledakan teknologi maklumat


Pos Malaysia Kelantan telah mengendalikan lebih 4,000 keping kad raya yang diterima sejak awal Ramadan baru-baru ini hingga tempoh 4 Mei 2021 dan jumlah itu berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Pengurus Besar Pos Malaysia Kelantan, Osman Shah berkata seramai 38 petugas bahagian operasi kendalikan pemprosesan kad ucapan hari raya yang tiba dari seluruh negara, manakala petugas operasi di Pusat Pemprosesan Mel bertugas dari 8.30 pagi hingga 6.30 petang.

“Bagi bahagian operasi di Pos Malaysia Kelantan, kami dapati jumlah kad raya yang diproses menjelang Hari Raya Aidilfitri telah berkurangan pada tahun 2021 ini. Jumlah kad raya tertinggi pernah diproses ialah sebanyak 59,000 keping iaitu pada tahun 2015.

“Biarpun tradisi beri kad raya tidak lagi jadi pilihan utama kini sejak ledakan teknologi maklumat, Pos Malaysia tetap jalankan tugas sebagai penghubung komuniti, terutama ketika musim perayaan,” katanya dipetik Bernama, 10 Mei 2021.

Osman turut maklumkan, bagi menyemarakkan suasana hari lebaran, Pos Malaysia juga telah lancarkan kad ucapan hari raya yang dijual di 13 pejabat pos besar seluruh negara dan juga secara dalam talian di pos.com.my/shop. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested