Seni & Sukan 08 Apr, 2021

Berita Terkini| Bazar Ramadan dibenarkan di Kelantan! Tarawih pun dibolehkan! Tiada imam luar

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Ahmad Yakob (kiri) sewaktu Majlis Perasmian Pasar Awam dan Penyerahan Kuarters Kerajaan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh, Kelantan, pada 8 April 2021. - Kredit foto: Harian Metro


BAZAR Ramadan di seluruh Kelantan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan puasa nanti namun perlu patuhi segala prosedur operasi standard (SOP) termasuk dari segi kapasiti penjual dan jumlah kehadiran pembeli.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata jumlahnya perlu bersesuaian dengan lokasi agar ada penjarakan fizikal, sekali gus mengikut SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN)

“Orang ramai  termasuk peniaga atau penjual perlu memakai pelitup muka dan pastikan penjarakan sentiasa dipatuhi. Penjual pula hanya dibenarkan melayan dua pelanggan sahaja pada satu-satu masa.

“Kerajaan Negeri Kelantan juga membenarkan solat tarawih namun hanya menggunakan khidmat imam yang ada di Kelantan sahaja. Imam dari luar tidak dibenarkan kerana pintu sempadan masih ditutup,” katanya dipetik laporan Harian Metro pada 8 April 2021.

Tambah beliau, Program Madinah Ramadan juga akan turut menggunakan khidmat imam sedia ada dengan kehadiran dibenarkan satu-satu masa adalah seramai 500 orang sahaja. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested