Seni & Sukan 08 May, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Kelantan tak benarkan gerai tepi jalan beroperasi! Mulai 9 Mei 2021!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Gerai-gerai tepi jalan tidak lagi dibenarkan beroperasi di Kelantan berkuat kuasa 9 Mei 2021. - Kredit foto: Utusan Malaysia


PENIAGA atau penjaja di Kelantan yang berniaga di tepi jalan tidak lagi dibenarkan beroperasi mulai 9 Mei 2021 berikutan kes positif Covid-19 masih tinggi dengan tiga angka terus direkodkan di negeri berkenaan.

Keputusan itu dimaklumkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu kenyataan bertarikh 8 Mei 2021.

Menurut kenyataan tersebut, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) terpaksa mengambil pendekatan itu bagi mengelak orang ramai berkumpul kerana tindakan sedemikian mampu menjadi penyebab utama penularan wabak Covid-19.

“Gerai atau penjaja tepi jalan dan penjaja beredar dikenal pasti antara lokasi menarik orang ramai berkumpul yang dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah mengambil langkah menguatkuasakan penutupan gerai, penjaja tepi jalan dan penjaja beredar. Peniaga, penjaja terlibat serta masyarakat diminta patuhi arahan bagi elak dikenakan tindakan,” katanya.

Sementara itu, kenyataan itu juga memaklumkan individu yang menjalani kuarantin di rumah bagi seluruh Kelantan kini melebihi 2,000 orang, manakala individu di bawah pengawasan mencecah 4,000 orang. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter



0
0
1
0
0
You will be interested